Sesi Pembentangan Projek Pelajar Latihan Industri PTAR

PerpustakaanTun Abdul Razak telah menganjurkan sesi pembentangan oleh para pelajar yang telah menjalani latihan industri di sini. Sesi ini telah dihadiri oleh wakil setiap jabatan perpustakaan serta moderator latihan industri perpustakaan. Pembentang diminta menyampaikan kandungan seperti berikut:

  1. Aktiviti sepanjang tempoh latihan industri mengikut penempatan.
  2. Projek khas yang telah dilaksana.
  3. Cadangan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Cadangan tambahbaik modul pelaksanaan latihan industri.

Sebanyak 7 pembentangan telah dijalankan oleh pelajar berikut:

  1. Nur Alya Ulfah Binti Samsu - Sistem Pengurusan Pusat IT
  2. Nur Azmina Binti Zulkifly - Panduan Memohon Menjalani Latihan Industri di PTAR UiTM Shah Alam (Video)
  3. Nur Farzanah Binti Nur Muazzam Syah
  4. Nurin Azra Syazreena Binti Mohamad
  5. Siti Sarah Binti Zulkefle - UiTM LIbrary Discovery Search
  6. Muhammad Zulhilmi Bin Zaharin - Library Special Collection : Digital Map
  7. Ilyana Afiqah Binti Mohd Zin

Mereka adalah kumpulan pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod dari Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) dan telah menjalani latihan industri di PTAR bermula 4 September 2023 hingga 31 Januari 2024.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada paran pelajar ini. Semoga segala ilmu yang dipelajari sepajang tempoh di sini menjadi tambahan pengetahuan kepada teori yang dipelajari dan semoga dipermudahkan dalam urusan selepas ini. 

{gallery}2024\pembentangan_pelajar_industri_feb{/gallery}

Tags:

Please publish modules in offcanvas position.