Library News

Bengkel Sistem Rekod Digital UiTM 2024

Satu Bengkel Sistem Rekod Digital UiTM 2024 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam yang telah dihadiri oleh wakil dari
  1. Perpustakaan Tun Abdul Razak
  2. Jabatan Arkib Universiti
  3. Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur
  4. Pejabat Naib Canselor
  5. Bahagian Governan & Sekretariat Universiti (BGSU)
Objektif bengkel adalah bagi membincangkan hala tuju dan ketetapan Sistem Rekod Digital UiTM yang akan digunapakai oleh warga UiTM. Bengkel ini diadakan setelah satu pertemuan bersama wakil Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur yang telah diadakan pada 28 Februari 2024 yang lalu.
 
Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan dari Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Pustakawan). Ia diteruskan dengan Sesi 1 yang disampaikan oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Ketua Jabatan Arkib Universiti) mengenai Pengurusan Rekod, Kronologi Digital Document Management System (DDMS), keperluan sistem rekod digital dan berkaitan dengan garis panduan/pekeliling.
 
Sesi 2 pula disampaikan oleh Encik Mohd Yuzi bin Zali (Pegawai ICT Kanan) dari Pejabat Naib Canselor berkaitan sistem DMS UiTM. Perbincangan Sistem Rekod Digital UiTM (DMS 2.0) diteruskan dengan perbincangan bersama wakil yang hadir bagi muktamadkan platform yang akan digunapakai dan perancangan serta halatuju sistem yang akan diguna oleh warga UiTM.
 
Terima kasih diucapkan kepada peserta yang hadir iaitu:
 
Perpustakaan Tun Abdul Razak:
  1. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Pustakawan)
  2. En. Ahmad Amiri bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
  3. En. Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
  4. Dr. Hjh Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan)
  5. Pn. Noor Hayati binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan)
  6. Pn. Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan)
  7. En. Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan)
  8. En. Abdul Razak bin Abdul Rahman (Pustakawan Kanan)
  9. Pn. Wan Nur Khalidah binti Wahed (Pustakawan)
Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur:
  1. En. Mohd Hairy bin Mohammadiah (Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan)
  2. En. Mohd Khanafi bin Haron (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Unit))
  3. Pn. Norelissuryani binti Mokhtar (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Seksyen))
Pejabat Naib Canselor:
  1. En. Irwin Shah bin Sulaiman (Penolong Pendaftar Kanan)
  2. En. Mohd Yuzi bin Zali (Pegawai ICT Kanan)

Bahagian Governan & Sekretariat Universiti (BGSU):

  1. Pn. Adlin Na'qiah binti Sabar@Sabal, CHRM,MMIHRM (Timb. Pendaftar Kanan)
Terima kasih diatas kerjasama kepada semua wakil yang hadir dan perkongsian ilmu dari setiap sesi yang diadakan.
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.