PERLIS, 17 Disember 2024 – Program Speaker Corner bertajuk "Palestine: From River to Sea, Palestine Will Be Free" telah diadakan secara dalam talian melalui Webex pada malam Selasa, 17 Disember 2024. Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Perlis, dengan tujuan untuk mempromosikan pembangunan intelektual melalui pembacaan.
Pembentang program, Siti Syazwiena Mohd Shahar dan Nurul Hazwani Juzaili Jazman, pelajar UiTM Cawangan Perlis, membincangkan situasi semasa di Palestin, terutamanya di Gaza. Mereka menyorot keadaan tegang akibat serangan berulang, pembinaan penempatan haram, dan sekatan yang membebani rakyat Palestin. Walaupun menghadapi cabaran besar, semangat perjuangan rakyat Palestin tetap utuh, dengan generasi muda kini lebih lantang memperjuangkan kebebasan melalui media sosial.
Program ini berjaya menarik kehadiran 156 peserta dan mencapai objektifnya untuk meningkatkan keyakinan diri dalam berkongsi idea, serta menggalakkan budaya membaca di kalangan warga universiti.