SHAH ALAM, 11 Januari 2024 - Mesyuarat Kolaborasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) telah berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 20 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, PTAR
Wakil PTAR:
- YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan
Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan - Puan Hani Liza Norfin
Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan - Puan Shahidatul Akhmam Rambeli
Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi - Puan Nurul Aida Noor Azizi
Ketua Unit Pembangunan Bakat
Wakil KPPIM:
- YBhg. Profesor Ts. Dr Haryani Haron
Penolong Naib Canselor KPPIM - YBhg. Profesor Ts. Dr Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa
Dekan Akademik & Antarabangsa - YBrs. Profesor Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri
Ketua Pusat Sains Matematik - YBrs. Dr Husain Hashim
Ketua Pusat Sains Maklumat - YBrs. Dr A’dillah Mustafa
Koordinator Pengurusan Perpustakaan - YBrs. Dr Siti Afiqah Muhamad Jamil
Pegawai Perhubungan UiTM-DOSM
Berikut ialah butiran perbincangan:
- Menggunakan platform MyKM bagi penyediaan dan perkongsian pengajaran kepada pelajar secara atas talian oleh pihak KPPIM.
- Penglibatan KPPIM dalam Majlis Pelancaran Kioks StastDigital bagi penyerahan surat lantikan semula YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sebagai Profesor Adjung UiTM.
- Menjadikan PTAR Puncak Perdana tempat bagi pelajar KPPIM di Puncak Perdana sebagai “Experiental Learning Library Engagement”. Mempelajari secara praktikal pengurusan harian kepustakawanan dan perpustakaan.
- Penyerahan dua (2) buah perpustakaan (Perpustakaan Waqaf Kanak-kanak dan “Experimental Library”) di bawah KPPIM di Puncak Perdana kepada PTAR sebagai anak angkat bagi memastikan kemudahan perpustakaan diurus dengan baik.
- Pengendalian Preservation Lab di PTAR Puncak Perdana oleh pihak PTAR bagi memenuhi standard seperti di PTAR Shah Alam dan Arkib UiTM dari segi peralatan dan bahan yang digunakan.
- Penglibatan pelajar KPPIM di Shah Alam dalam literasi maklumat yang dikendalikan PTAR Shah Alam.
- Mengundang pihak PTAR ke seminar anjuran KPPIM di UiTM Cawangan Sarawak pada 20 Januari 2024 dimana Dato' Jaafar Sidek Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia akan dijemput sebagai Key Note Speaker.
{gallery}2024/KPPIM{/gallery}