3 Januari 2024 | 3 Rejab 1446H
SHAH ALAM - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menerima satu penghormatan istimewa apabila menerima hadiah naskhah Al-Quran terjemahan dalam Bahasa Palembang dari Universitas Islam Negeri Raden Fatah, Palembang, Indonesia. Naskhah berharga ini disampaikan oleh wakil universiti tersebut, Dr. Darussalam, yang juga merupakan alumni UiTM.
Penyerahan naskhah istimewa ini turut disaksikan oleh Profesor Dr. Zuraidah Mohd Sanusi dan Profesor Madya Dr. Nor Balqish Zakaria dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ARi), UiTM. Menurut Dr. Darussalam, naskhah terjemahan ini merupakan satu simbolik hubungan persahabatan antara kedua-dua institusi dan penghargaan terhadap ilmu yang menjadi penghubung dua negara serumpun.
Profesor Dr. Zuraidah menyatakan rasa syukur atas sumbangan bermakna ini. "Naskhah ini akan ditempatkan di Koleksi Khas Jawi UiTM sebagai rujukan buat warga UiTM. Ini bukan sahaja menambah nilai kepada khazanah ilmu yang sedia ada, tetapi juga memperkukuhkan hubungan budaya dan akademik antara Malaysia dan Indonesia."
Menurut Profesor Madya Dr. Nor Balqish, koleksi seperti ini memainkan peranan penting dalam usaha UiTM memperkayakan sumber ilmiah dan menggalakkan kajian mendalam terhadap teks-teks tradisional yang relevan dengan masyarakat moden.
Komitmen kepada Keilmuan
Naskhah terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Palembang ini dijangka menarik perhatian bukan sahaja daripada para pelajar dan penyelidik UiTM, tetapi juga dari kalangan akademik yang berminat dengan khazanah keilmuan Nusantara. InsyaAllah, dengan penempatan naskhah ini di Koleksi Khas Jawi, lebih ramai individu akan mendapat manfaat daripada usaha perkongsian ilmu ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Khas Jawi UiTM dan bahan rujukan lain, sila kunjungi perpustakaan utama UiTM atau laman web rasmi perpustakaan.
{gallery}2025/KoleksiJawi_Palembang{/gallery}