Library News

Lawatan Sekolah : SMK Bukit Sentosa Rawang Selangor

3 Januari 2024 | 3 Rejab 1446H

SHAH ALAM - Seramai 132 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa Rawang mencatat sejarah sebagai kumpulan pertama yang menyertai program perkongsian ilmu anjuran Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi tahun 2025.

Program yang berlangsung meriah di awal tahun ini disusun bagi memperkenalkan pelbagai koleksi dan perkhidmatan perpustakaan kepada peserta. Para pelajar dan guru berpeluang menikmati sesi interaktif bersama pustakawan UiTM yang menerangkan koleksi ilmiah, termasuk lawatan ke Koleksi Khas Jawi, koleksi karya agung, dan Galeri Tun Abdul Razak.

Ketua Pustakawan UiTM menyatakan bahawa program ini bertujuan memupuk pembudayaan ilmu dalam kalangan generasi muda dan menghubungkan mereka dengan peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu kepada warga UiTM dan komuniti.

"Kami amat berbesar hati meraikan generasi muda di rumah ilmu ini. Hasrat kami adalah untuk membentuk budaya cinta ilmu dalam kalangan pelajar dan guru melalui inisiatif seperti ini," katanya.

Pihak sekolah, SMK Bukit Sentosa Rawang, turut menyambut baik usaha ini dan menyifatkan program tersebut sebagai satu pengalaman bermakna yang memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih menghargai ilmu pengetahuan.

Program ini turut mengajak orang ramai untuk menyertai pelbagai lagi aktiviti pembudayaan ilmu yang dianjurkan oleh pustakawan berpengalaman sepanjang tahun ini.

{gallery}2025/smkBukitSentosa{/gallery}

Please publish modules in offcanvas position.