Library News

Program Transfer Ideas and Grow Together (TRIGROW)

Program Transfer Ideas and Grow Together (TRIGROW)

4 Januari 2025 | 4 Rejab 1446H: Program Transfer Ideas and Grow Together (TRIGROW) bersama pelajar semester 5, Diploma Pengurusan Maklumat telah diadakan di Kampung Tanah Hitam, Sematan yang disertai oleh 50 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah.

Sesi perkongsian Speed Reading (Bacaan Pantas) telah disampaikan oleh instruktor, Encik Mohd Ismail Bolia, Pembantu Pustakawan Tertinggi, PTAR UiTM dan selepas itu, diambil alih oleh En Khairil Bahrom bin Rosli dan Cik Dayang Azimah binti Abang Yusof, Pustakawan PTAR UiTM untuk sesi aktiviti bersama pelajar. Antara objektif sesi ini dilaksanakan adalah memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari teknik bacaan pantas, meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca dan menggalakkan pembacaan di kalangan pelajar serta membina kompetensi pembacaan.

Penganjuran program bersama penduduk kampung ini dilihat mampu memberikan peluang kerjasama yang baik di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat. Disamping itu, PTAR juga telah menyumbang buku kepada pihak kampung.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
.
.
.
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.