Program Sejahtera 360 : Sihat Bersama Warga PTDI telah diadakan di Perpustakaan Tun Dr. Ismail 1 dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif berteraskan kesejahteraan individu, selaras dengan Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2025 yang menekankan kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan kakitangan. Program ini dikendalikan oleh dua instruktor berpengalaman, iaitu Puan Siti Rozana Mat Sanat dan Encik Nurul Amin Norudin, yang membimbing peserta melalui aktiviti-aktiviti yang merangkumi elemen kesihatan fizikal dan mental.
Antara objektif utama program ini ialah untuk menangani krisis kesihatan fizikal dan mental yang semakin menjadi isu kritikal dalam persekitaran kerja, meningkatkan kesejahteraan individu bagi memastikan kakitangan berada dalam keadaan sihat secara menyeluruh serta meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja melalui sokongan kepada kesihatan dan keseimbangan hidup. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan secara konsisten.
Pelaksanaan program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta, yang rata-ratanya memberikan maklum balas positif. Mereka menyatakan bahawa program ini membantu mereka memahami kaedah mudah dan praktikal untuk menangani tekanan kerja serta meningkatkan kecergasan fizikal.
Kesimpulan, Program Sejahtera 360 telah berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kesedaran dan memberi pengetahuan kepada peserta tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental. Usaha ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak program seumpama ini untuk memperkukuhkan kesejahteraan dan produktiviti kakitangan UiTM.
Pautan Hebahan Media Sosial : hebahan media sosial