Pada 28 Januari 2025, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah mengadakan satu sesi gotong-royong bagi kerja-kerja anjakan rak di ruang perpustakaan pada hari Selasa lalu. Program ini melibatkan semua staf PTDI dan berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 4.45 petang.
Gotong-royong ini diadakan bagi tujuan menyusun semula susun atur rak buku di perpustakaan dengan matlamat memberikan lebih banyak ruang serta meningkatkan keselesaan pengguna. Selain itu, perubahan ini juga bertujuan untuk menyokong pelaksanaan program-program yang akan dijalankan di Library Community Engagement (LCE) pada masa hadapan.
Sepanjang sesi gotong-royong, para staf telah bekerjasama dalam mengalihkan rak, menyusun buku semula, serta memastikan kebersihan dan susunan yang lebih sistematik. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan ruang perpustakaan tetapi juga mengeratkan hubungan kerja dalam kalangan staf PTDI.
Pihak Pengurusan PTDI turut merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga PTDI atas komitmen, tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan proses anjakan rak buku ini. Diharapkan perubahan yang dilakukan menerusi program ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua pengguna perpustakaan. Susun atur baharu ini dijangka akan menyumbang kepada kelancaran program dan aktiviti yang bakal dianjurkan di LCE serta meningkatkan pengalaman pengguna perpustakaan secara keseluruhannya.
Pautan Hebahan Media Sosial : hebahan media sosial