Library News

PROGRAM PEMBUDAYAAN ILMU ‘KNOWLEDGE SHARING WITH COMMUNITY’ BERSAMA WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM | 26 Februari 2025

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Jabatan Psikiatri, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu ‘Knowledge Sharing with Community’ bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam. Matlamat utama program adalah memperluas pengetahuan komuniti melalui perkongsian ilmu oleh pakar dan individu yang berkelayakan di samping meningkatkan kolaborasi & jaringan. 

Perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM. 

Program turut dihadiri Puan Patmah Mohd Ariff, Pengetua SMK Puncak Alam; Dr Nurul Azreen Hashim; Ketua Jabatan Psikiatri  HASA dan Puan Noor Azlin Abdullah, Pustakawan Kanan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA. Turut bersama menjayakan program adalah wakil staf dari Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dan Jabatan Psikiatri  HASA.

Program ini telah disertai seramai 150 orang pelajar. Antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah mengenai ‘Literasi Maklumat’ yang disampaikan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dan sesi bual bicara bertajuk ‘Cinta Diri dan Strategi Menghadapi Stres’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Azlina Wati Nikmat, Jabatan Psikiatri HASA. Moderator bagi sesi ini adalah Dr Sakinah Idris, juga dari Jabatan Psikiatri HASA.

Program Pembudayaan Ilmu ‘Knowledge Sharing with Community’ ini merupakan inisiatif dalam usaha menyokong program HASA iaitu KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS). 

Penganjuran seumpama ini diharap mampu memupuk budaya cintakan ilmu khususnya dalam kalangan generasi muda. 

 

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.