Library News

Program Live@PDJH: Kurus Dengan Brisk Walk Raih 906 Penyertaan

PERLIS, 26 Februari 2025 — Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan (PDJH) dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Unit Sukan, dan Kelab Kakitangan Akademik (KKA) UiTM Cawangan Perlis telah berjaya menganjurkan Program Live@PDJH: Kurus Dengan Brisk Walk bertempat di Bilik Latihan, Bangunan Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube dan Facebook rasmi PDJH, dengan penyertaan memberangsangkan seramai 906 orang, terdiri daripada 818 staf UiTM dan 88 peserta luar.

Program yang berlangsung dari jam 3:00 hingga 4:30 petang ini menampilkan Dr. Ahmad Dzulkarnain Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Cawangan Perlis sebagai penceramah dan dikendalikan oleh Ahmad Faizan Affandi, Pegawai Sukan UiTM Cawangan Perlis selaku moderator.

Antara pengisian utama yang dikupas sepanjang segmen Bicara Pakar ini merangkumi:

  1. Fakta-fakta terkini mengenai kesihatan dan kecergasan rakyat Malaysia.
  2. Perkongsian pengalaman Dr. Ahmad Dzulkarnain tentang perjalanan beliau dalam usaha menurunkan berat badan.
  3. Tip berkesan dalam mengamalkan brisk walk atau berjalan pantas 
  4. Penerangan berkaitan senaman kardiovaskular dan senaman kekuatan untuk meningkatkan kecergasan fizikal.

Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan aktiviti fizikal seperti brisk walk dalam mengekalkan gaya hidup sihat serta memupuk kesedaran mengenai kaedah terbaik menurunkan berat badan secara konsisten dan selamat.

Kejayaan program ini membuktikan bahawa kolaborasi antara PDJH dan fakulti serta unit berkaitan bukan sahaja memperkayakan ilmu pengetahuan warga UiTM, malah turut menarik minat masyarakat luar untuk bersama-sama menyertai program ilmiah yang bermanfaat

 

Please publish modules in offcanvas position.