Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) akan menganjurkan pertandingan “Sudut Kemerdekaan@UiTMPs” bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia yang ke 65 dan Kibar Jalur Gemilang peringkat UiTM Perlis. Sudut Kemerdekaan adalah ruang khas yang disediakan berasaskan konsep dan hiasan bertemakan Kemerdekaan Malaysia. Selain itu, pertandingan ini juga memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan Bulan Kebangsaan bahagian/unit masing-masing.
OBJEKTIF
i. Menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan Yang Ke 65 peringkat UiTM Perlis
ii. Meningkatkan jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan warga kerja UiTM Perlis
iii. Memperingati perjuangan perwira negara yang berjuang untuk memerdekakan serta mempertahankan kedaulatan negara.
LOKASI DAN KRITERIA ‘SUDUT KEMERDEKAAN@UiTMPs’
Bil. |
Perkara |
Catatan |
i. |
Lokasi sasaran
|
· Pusat Tanggungjawab UiTM Cawangan Perlis yang meliputi: i. Jabatan/ Bahagian/ Unit ii. Fakulti/ Pusat Pengajian
|
ii. |
Sudut sasaran |
· Pemilihan tempat yang sesuai dan menarik; sama ada sudut atau ruang |
iii. |
Kriteria Pemarkahan |
|
Kreativiti (50 %) |
Menzahirkan kreativiti dan keunikan dalam menghias dan mereka bentuk ruang kemerdekaan contohnya dengan menggunakan bendera, menggunakan flora, penggunaan bahan-bahan terpakai dan sebagainya dalam pembentukkan mercu tanda, pintu gerbang, arca dan sebagainya. |
|
Daya Tarikan (20%) |
Menonjolkan kelainan yang menonjolkan suasana keceriaan dan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan. |
|
Kekemasan (10%) |
Persekitaran Sudut Kemerdekaan disusun dan dihias dengan kemas |
|
Nilai Tambah & Informasi: 20% :- |
Menterjemah tema Hari Kebangsaan dengan menyediakan slogan atau kata-kata patriotik dalam bentuk paparan, kain rentang atau reka bentuk yang mencerminkan tema Hari Kebangsaan. Paparan mengenai informasi serta fakta-fakta kemerdekaan juga akan diambil kira. |
SYARAT-SYARAT PERYERTAAN ‘SUDUT KEMERDEKAAN@UiTMPs’
- Penyertaan terbuka kepada seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.
- Segala kos penyertaan dan pembangunan sudut kemerdekaan adalah ditanggung sendiri oleh Pusat Tanggungjawab.
- Membuat pinjaman bahan perpustakaan sekurang-kurangnya sebanyak 10 buah berkaitan sejarah malaysia, kemerdekaan, kenegaraan, tokoh, kepahlawanan melayu dan dipaparkan di sudut kemerdekaan
- Pertandingan ini akan berlangsung selama bermula 15 Ogos sehingga 12 September 2022.
- Memaparkan tema dan logo hari kebangsaan berikut:
‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’
- Keputusan para hakim dalam mengadili pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Penyertaan pertandingan hanya dianggap sah apabila pihak urusetia menerima permohonan rasmi melalui kaedah berikut:
- Muatnaik maksimum lima (5) gambar sudut kemerdekaan di media sosial Facebook/Instagram PTJ (Fakulti/Bahagian/Unit) berserta tanda pagar:
#bulankebangsaanatUiTMPs
#sudutkemerdekaanatUiTMPs
#sudutkemerdekaanatptj contoh: #sudutkemerdekaanathep
- Menyertakan maklumat yang jelas:
- Nama Peserta (Pegawai bertanggungjawab)
- Lokasi dan alamat sudut kemerdekaan
- No. Telefon
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila hubungi:
Pn. Nur Hayati Satar: 04-9882066
En. Khairil Izwan Hasan: 04-9882056