Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kenali Dato' Jaafar Hassan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

En. Nik Abdul Rashid b. Nik Abdul Majid, Pengarah ITM ke-4 (kiri) melawat Dato’ Jaafar Hassan (mantan Menteri Besar Perlis) di kediamannya di Pengkalan Asam, Kangar pada Mei 1985

 

DATO' JAAFAR BIN HASSAN | MENTERI BESAR PERLIS YANG KELIMA (1972-1981)

 

Latar Belakang dan Pendidikan

·     Dilahirkan pada 16 Mei 1925 di Kampung Jarak, Mukim Bintong, Kangar, Perlis.

·     Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bintong.

·   Selepas tamat persekolahan, beliau menjadi guru pelatih dan bertugas di Sekolah Melayu Kayang sebelum ditawarkan mengikuti pendidikan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Pengajiannya tidak dapat diteruskan akibat peperangan dunia dan ketika itu Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

·     Beliau diberi peluang menjadi Penolong Penghulu di Mukim Kayang dan seterusnya dilantik sebagai Penghulu di Beseri selama 16 tahun.

·     Datuk Jaafar juga mengikuti kursus pentadbiran dan pertanian di Pusat Pertanian Serdang, Selangor pada sesi 1948-1949.

 

Sumbangan dan Kerjaya

·  Pada akhir tahun 1950-an, beliau diberikan tugas sebagai Setiausaha Kebajikan Negeri ber Ibu pejabat di Sekretariat dan merupakan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri (SCS).

·    Di atas semangat untuk memajukan diri dalam bidang akademik, beliau telah mendapat pangkat dua dalam Senior Cambridge setelah berusaha sendiri dan mengikuti kelas bimbingan pada waktu malam bagi mengikuti kelas Bahasa Inggeris.

·   Berkelulusan Ijazah Undang-Undang dari Lincoln’s Inn, London pada tahun 1961. Beliau memegang jawatan Pengadil Litar di Mahkamah Kangar sebelum menceburkan diri dalam bidang guaman dengan menjadi Peguambela dan Peguamcara di Alor Setar dan Kangar sambil bergiat dalam politik di Perlis.

·    Pada tahun 1969, beliau telah memenangi pilihanraya kawasan Sanglang dan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Sheikh Ahmad Mohd Hashim. Selepas Dato’ Sheikh Ahmad mengundurkan diri, beliau dilantik menjadi Menteri Besar yang kelima.

·     Beliau pulang ke rahmatullah pada 25 September 1987.

 

MEMOIR DATO' JAAFAR HASSAN (FLIPPING BOOK)

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan
UiTM Cawangan Perlis 02600 Arau, Perlis
Malaysia

04 988 2057 | Khairil Izwan Bin Hasan (Corporate Communication)
04 988 2056 | Nor Azrina Kasim (Consultation Services)