Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Unit Arkib

Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan

PENGENALAN UNIT ARKIB, PERPUSTAKAAN DATO’ JAAFAR HASSAN

Jabatan Arkib Universiti mula ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar dan dikenali sebagai Unit Arkib. Fungsi dan peranan arkib telah dirombak serta dimantapkan lagi bagi memperkasakan pengurusan rekod di ITM/UiTM mengikut keperluan semasa. Pada 1 Jun 2015, Bahagian Arkib dan Muzium yang pada ketika itu masih di bawah naungan Pejabat Pendaftar telah diserahkan secara rasminya kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Bil 06/2015 bertarikh 10 Jun 2015. 

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Bil 6/2015 bertarikh 10 Jun 2015, Mesyuarat pada dasarnya meluluskan Bahagian Arkib, Pejabat Pendaftar berserta skim perkhidmatan perpustakaan (Gred S) diletakkan di bawah tanggungjawab Pustakawan UiTM berkuatkuasa 1 Jun 2015. Berikut adalah petikan minit Mesyuarat JKE Bil 6/2015.

Manakala pada 10 Mac 2016, Ketua Pustakawan UiTM ketika itu telah mengeluarkan pekeliling iaitu Surat Pekeliling Ketua Pustakawan Bil 1 Tahun 2016 untuk pemakluman penubuhan Unit Arkib di setiap perpustakaan cawangan. 

Unit Arkib, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, Universiti  Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis Kampus Arau telah ditubuhkan bagi menyelaras fungsi dan peranan penguusan rekod dan arkib di UiTM Cawangan Perlis. Ia adalah satu Unit penting yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir hal ehwal pengurusan rekod dan arkib di UiTM Cawangan Perlis mengikut Dasar Pengurusan Rekod yang telah digunapakai oleh UiTM .

Perkhidmatan Unit Arkib

PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN PENYELIDIKAN BAHAN ARKIB

PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN PENYELIDIKAN BAHAN ARKIB

PERKHIDMATAN NASIHAT DAN KONSULTASI PENGURUSAN REKOD

PERKHIDMATAN NASIHAT DAN KONSULTASI PENGURUSAN REKOD

PROGRAM ”OUTREACH”

PROGRAM ”OUTREACH”

Pameran Maya

Image
Pameran Maya

PAMERAN MAYA: AMALAN PENGURUSAN REKOD, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Sempena Hari Arkib Antarabangsa yang jatuh pada 9 Jun 2023, Unit Arkib, Perpustakaan Dato Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis menjemput semua warga UiTM Cawangan Perlis untuk menyaksikan PAMERAN MAYA: AMALAN PENGURUSAN REKOD, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Pameran ini berkisar mengenai cara pengurusan rekod yang efektif dan cekap berdasarkan Dasar Pengurusan Rekod Universiti Teknologi MARA (2020).

Objektif Pameran adalah untuk:-

  • Memberi pendedahan kepada warga UiTM berkenaan asas pengurusan rekod secara teori.
  • Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
  • Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

 

Untuk pencarian dan permohonan rujukan bahan- bahan arkib, boleh layari:-

https://tinyurl.com/57s9tdcw

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Unit Arkib Universiti:

Chat with Librarian@JAU: http://qr.library.uitm.edu.my/1d9

Pegawai Rujukan: Nor Azrina binti Kasim (norazrina@uitm.edu.my)

Talian Pejabat/ Whatsapp Business : 04-988 2056

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan
UiTM Cawangan Perlis 02600 Arau, Perlis
Malaysia

04 988 2057 | Khairil Izwan Bin Hasan (Corporate Communication)
04 988 2056 | Nor Azrina Kasim (Consultation Services)