Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pertandingan Sudut Malaysia Merdeka UiTMPs 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) akan menganjurkan pertandingan “Sudut Malaysia UiTMPs 2023” bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia yang ke 66 peringkat UiTM Perlis. Sudut Kemerdekaan adalah ruang khas yang disediakan berasaskan konsep dan hiasan bertemakan Kemerdekaan Malaysia. Selain itu, pertandingan ini juga memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan Bulan Kebangsaan Bahagian/Unit masing-masing.

 

HADIAH PERTANDINGAN

TEMPAT PERTAMA          : RM300.00

TEMPAT KEDUA              : RM200.00

TEMPAT KETIGA             : RM100.00

 

SYARAT-SYARAT PERYERTAAN ‘SUDUT KEMERDEKAAN UiTMPs 2023’

a.     Penyertaan terbuka kepada seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis kecuali penganjur, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH).

b.     Segala kos penyertaan dan pembangunan sudut kemerdekaan adalah ditanggung sendiri oleh Pusat Tanggungjawab.

c.      Membuat pinjaman bahan perpustakaan sekurang-kurangnya sebanyak 10 buah berkaitan sejarah malaysia, kemerdekaan, kenegaraan, tokoh, kepahlawanan melayu dan dipaparkan di sudut kemerdekaan

d.     Pertandingan ini akan berlangsung bermula 8 SEPTEMBER SEHINGGA 18 SEPTEMBER 2023.

e.     Memaparkan tema dan logo hari kebangsaan berikut:

 

'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'        

  

f.       Keputusan para hakim dalam mengadili pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

g.     Penyertaan pertandingan hanya dianggap sah apabila pihak urusetia menerima permohonan rasmi melalui kaedah berikut:

·      Muatnaik maksimum lima (5) gambar sudut kemerdekaan di media sosial Facebook Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan: https://www.facebook.com/pdjh.perlis/ berserta tanda pagar:

 

#semarakkemerdekaanUiTMPs2023

#sudutmalaysiamerdekaUiTMPs2023

#sudutmalaysiamerdekaptj2023   contoh: #sudutmalaysiamerdekahep2023

·        Menyertakan maklumat yang jelas:

-        Nama Peserta (Pegawai bertanggungjawab)

-        Lokasi dan alamat sudut kemerdekaan

 

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila hubungi: En. Khairil Izwan Hasan: 04-9882056

 

LOKASI & KRITERIA PEMARKAHAN

BIL.

PERKARA

CATATAN

i.

Lokasi sasaran

 

·        Pusat Tanggungjawab UiTM Cawangan Perlis yang meliputi:

i. Jabatan/ Bahagian/ Unit

ii. Fakulti/ Pusat Pengajian

ii.

Sudut sasaran

·        Pemilihan tempat yang sesuai dan menarik; sama ada sudut atau ruang

iii.

KRITERIA PEMARKAHAN

KETERANGAN

KREATIVITI (30 %)

Menzahirkan kreativiti dan keunikan dalam menghias dan mereka bentuk ruang kemerdekaan contohnya dengan menggunakan bendera, menggunakan flora dan sebagainya.

DAYA TARIKAN (20%)

Menonjolkan kelainan yang menonjolkan suasana keceriaan dan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan.

KEKEMASAN (10%)

Persekitaran Sudut Kemerdekaan disusun dan dihias dengan kemas

NILAI TAMBAH & INFORMASI (20%)

Menterjemah tema Hari Kebangsaan dengan menyediakan slogan atau kata-kata patriotik dalam bentuk paparan, kain rentang atau reka bentuk yang mencerminkan tema Hari Kebangsaan. Paparan mengenai informasi serta fakta-fakta kemerdekaan juga akan diambil kira.

 

PENGGUNAAN BAHAN TERPAKAI / KITAR SEMULA (20%)

Penggunaan bahan-bahan terpakai dan kitar semula sebagai hiasan, pembentukkan mercu tanda, pintu gerbang, arca dan sebagainya.

       

 

 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan
UiTM Cawangan Perlis 02600 Arau, Perlis
Malaysia

04 988 2057 | Khairil Izwan Bin Hasan (Corporate Communication)
04 988 2056 | Nor Azrina Kasim (Consultation Services)