Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis akan menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi pada ketetapan berikut:-
Tarikh: 26 Ogos 2024 (Isnin)
Masa: 10.30 Pagi
Lokasi: Bilik Mesyuarat Unit Ladang
Objektif Sesi Libat urus ini adalah seperti berikut:
- Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga kampus, dan mewujudkan kesedaran literasi maklumat kepada pengguna perpustakaan.
- Mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada pusat pengajian berkenaan keperluan maklumat mereka dan isu-isu lain yang berkaitan dengan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaaan kepada pengguna
- Meningkatkan kesedaran pusat pengajian yang terlibat terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PDJH.
Sehubungan itu, YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dialu-alukan untuk menyertai program ini.
✅ Kehadiran sepanjang program dilog sebagai JAM LATIHAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi,Cik Nor Azrina binti Kasim (Pustakawan) melalui Whatsapp Business di talian 04-988 2056