Library News

Program Exercise Your Speed Reading

Kedah, 24 Februari 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan program "Exercise Your Speed Reading" pada 24 Februari 2025, bertempat di Aras 2, Perpustakaan Sultan Badlishah, pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Program ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan teknik bacaan pantas serta membina keyakinan diri dalam membaca di kalangan kakitangan akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Kedah.

Program ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan di Perpustakaan Sultan Badlishah. Dalam sesi ini, peserta diberi peluang untuk mempelajari teknik-teknik bacaan pantas yang dapat membantu meningkatkan kelajuan membaca serta memahami bahan bacaan dengan lebih efisien.

Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan peserta, selain membina kompetensi pembacaan yang lebih baik. Beliau juga menekankan bahawa pengukuran kepantasan bacaan peserta turut dijalankan melalui pengiraan kadar perkataan per minit untuk mengesan peningkatan kemampuan membaca peserta.

Sepanjang sesi, peserta turut diberikan bahan bacaan yang relevan untuk dipraktikkan, sekaligus memperkukuh pemahaman mereka tentang teknik bacaan pantas yang diajarkan. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestasi pembacaan, tetapi juga untuk menggalakkan pembacaan sebagai satu budaya yang penting dalam persekitaran akademik.

Dengan penganjuran program seperti ini, diharap dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan warga akademik UiTM Cawangan Kedah serta mencipta persekitaran yang lebih dinamik untuk pengajaran dan pembelajaran.

 

Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.