Pasir Gudang, 26 Februari 2025 - Satu Bengkel Migrasi Klasifikasi Fail bagi pegawai rekod jabatan (PRJ) dan pembantu tadbir rekod jabatan (PTRJ) anjuran Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang telah berlangsung pada 26 Februari 2025 bertempat di Makmal IT, Perpustakaan Tun Dr. Ismail.
Bengkel yang dijadualkan berlangsung dari 11.00 pagi hingga 4.30 petang ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses migrasi dan klasifikasi fail yang lebih sistematik dan efisien dalam pengurusan rekod jabatan.
Sebagai penceramah, Puan Siti Rozana Mat Sanat, Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, telah berkongsi ilmu serta panduan terbaik dalam mengurus dan mengklasifikasikan fail mengikut standard yang ditetapkan.
Bengkel ini dianjurkan bagi meningkatkan kecekapan pegawai rekod dan pembantu tadbir rekod jabatan dalam mengurus dokumen secara profesional, selain memastikan pematuhan terhadap prosedur pengurusan rekod yang terkini.